Ingin
melahirkan manusia yang menjadikan Allah sebagai sumber rujukan dengan berusaha
mendekatkan diri kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik pemberi rezeki serta amat
belas kasihan kepada semua makhluk ciptaanNya.
Tidak kesal dengan takdir yang diberikan
kepadanya, bahkan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah walaupun ditakdirkan
kehidupannya kurang bernasib baik. Malah merasakan bahawa kesusahan itu adalah
tanda kasih sayang dan perhatian daripada Allah.
Sentiasa bekerjasama untuk membaiki diri.
Sangat berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta
bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan.
Pengalaman kesusahan menjadi pemangkin kepada
setiap diri untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang dianugerahkan serta
sensitif dengan kesusahan orang sehingga terdorong untuk membantu mereka.
No comments:
Post a Comment