Popular Posts

Wednesday, 28 March 2012

PENUTUP


Besarlah harapan Rumah Amal Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah ini untuk membantu masyarakat bagi menangani masaalah sosial yang sedang melanda dunia hari ini. Dalam Islam, dunia merupakan ujian kepada setiap manusia.
  Tujuan Allah memberikan ujian kesusahan adalah untuk menguji kesabaran dan keredaan seseorang hamba itu manakala kesenangan adalah untuk menguji adakah hambanya itu bersyukur dengan anugerah Allah itu dan akan mengagihkan kepada yang lebih memerlukan atau tidak.
  Bila berlaku kerjasama diantara orang kaya dan orang miskin, terasalah perlunya kehadiran orang kaya untuk memberikan pembelaan dan kasih sayang kepada orang miskin manakala orang kaya pula terasa perlunya orang miskin untuk mereka dapat mengagihkan rezeki yang diperolehi untuk mendapat keredhaan dan pahala dari Allah dan tidak berlakulah pembaziran dan salah guna rezeki yang diperolehi. Ini kerana setiap rezeki yang diperolehi akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.
  Suasana ini sudah kurang berlaku pada hari ini. Ini membuatkan timbul hasad dengki dan iri hati di kalangan orang miskin, manakala orang kaya pula tidak pernah puas dengan apa yang telah diperolehi. Maka berlakulah masaalah sosial yang berleluasa pada hari ini. Berlakunya ragut, culik, curi, rompak, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah yang menakutkan.
  Semua manusia hidup dalam ketakutan, curiga mencurigai di antara satu sama lain. Kebahagiaan dan keselesaan hidup manusia telah diragut oleh orang miskin yang tidak redha dengan kemiskinan dan orang kaya yang tidak pernah puas dan bersyukur denga  kekayaan yang Allah pinjamkan kepada mereka.
  Dengan itu, Baitul Maghfirah sangat berharap agar dapat membantu kita semua untuk keluar daripada kemelut ini. Semoga dengan berkat doa, kerjasama dan sokongan padu daripada pihak tuan / puan, usha murni ini akan dipermudahkan dan diberkati Allah. Segala perhatian, kerjasama dan bantuan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
  Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment