Popular Posts

Wednesday, 28 March 2012

KONSEP ASRAMA


Di Asrama Baitul Maghfirah mempunyai seorang ustaz dan seorang ustazah (suami dan isteri) yang dipanggil ‘Walid’ dan ‘Walidah’ yang berperanan selaku ayah dan ibu untuk memantau perjalanan aktiviti, kebajikan dan keselamatan penghuni asrama.
  Dibantu pula oleh dua orang ukhti (remaja), yang berperanan selaku kakak sebagai pembimbing agar penghuni asrama dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan kewajipan ibadah, waktu belajar, kerja sekolah, tugasan asrama dan lain-lain mengikut disiplin dan jadual yang telah ditetapkan.
  Ibu-ibu pelajar yang tinggal berdekatan dengan asrama Baitul Maghfirah secara sukarela bergilir-gilir untuk membantu dalam kerja-kerja di dapur dan juga kebersihan di asrama ini.
  Dengan ini Asrama Baitul Maghfirah ini mempunyai ciri-ciri sebuah keluarga yang lengkap yang akan menghadirkan suasana kekeluargaan dan kasih sayang serta perhatian seperti sebuah keluarga yang normal.
  Ini diharapkan akan dapat memberikan anak-anak ini kasih sayang dan perhatian yang amat diperlukan oleh seorang kanak-kanak yang sedang membesar.
  Dengan ini Rumah Amal Baitul Maghfirah berharap dapat memenuhi bukan sahaja keperluan dan kebajikan lahir anak-anak ini malah yang lebih penting adalah keperluan kerohanian melalui ibadah yang istiqomah dan kasih sayang yang amat diperlukan untuk melahir seorang insan yang bertaqwa.

No comments:

Post a Comment