Di dunia
ini Allah jadikan ada golongan yang kaya dan ada golongan yang miskin. Adanya
orang miskin ini membolehkan yang kaya menyalurkan kelebihan yang telah Allah
berikan untuk membela mereka yang memerlukan. Ia adalah perintah Allah yang
perlu diambil berat. Sedangkan golongan yang miskin pula memang memerlukan
pembelaan dari yang kaya untuk memenuhi tuntutan dalam keperluan kehidupan
mereka.
Diharapkan semoga Rumah Amal Pertubuhan
Kebajikan Baitul Maghfirah ini
menjadi platform untuk mempertemukan atau menjadi saluran untuk para dermawan
dengan golongan yang memerlukan ini.
Tentulah harapan daripada Pertubuhan Kebajikan
Baitul Maghfirah ini
ingin melahirkan remaja yang bukan sahaja terjamin makan minum dan keperluan
lahiriahnya, bahkan yang menjadi keutamaan ialah pendidikan akademik dan agama
mereka. Ini adalah untuk menjamin mereka menjadi insan yang tinggi mindanya,
akalnya, jasmaninya dan paling utama adalah rohaninya agar menjadi orang yang
berjaya dan bertaqwa, yang akan menjadi aset yang sangat bernilai kepada agama,
bangsa dan negara.
Insya
Allah mereka bakal menjadi model kepada rakan sebayanya kerana memiliki jati
diri serta kekuatan jiwa yang kental yang bertunjangkan kepada kekuatan
perhubungannya dengan Allah, sehingga mampu mengawal dirinya daripada
terjerumus ke lembah kerosakkan dan kehinaan yang melanda masyarakat dunia
sekarang terutamanya para remaja.
No comments:
Post a Comment