Popular Posts

Wednesday, 28 March 2012

SUMBANGAN


Asssalamualaikum wbkt,
BERAMAL BERSAMA RUMAH AMAL PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MAGHFIRAH
Adalah dimaklumkan bahawa Rumah Amal Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah adalah sebuah rumah kebajikan yang ditubuhkan untuk menaungi anak-anak keluarga fakir miskin, keluarga asnaf zakat dan juga keluarga yang mahu kehidupan harian anak mereka  didisplinkan mengikut disiplin Islam.
2.  Diantara aktiviti-aktiviti anak-anak di rumah amal ini adalah seperti belajar akademik, fardu ain, program motivasi, pengajian Al Quran, persembahan nasyid, khidmat masyarakat dan lain-lain.
3.  Sehubungan dengan itu pihak rumah amal ini mempelawa para dermawan untuk turut serta menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan untuk kegunaan dan keperluan penghuni di Rumah Amal ini.
 4.   Segala sumbangan boleh disalurkan terus ke Rumah Amal Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah atau melalui akaun BANK ISLAM 01041010055188, atas nama  PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MAGHFIRAH.
5.    Rumah Amal Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerja sama untuk bersama membantu dan membela nasib mereka.
Sekian, terima kasih.
  ‘ Kebajikan Penyelesai Masaalah Kemiskinan dan Kesusahan.’
Yang berkhidmat,
(AHMAD HAMZAH B JAAFAR)
Pengerusi,
Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah,
No. 2, Jalan. Padi Ria 4, Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor.    
H/P- 013 7590946 / 013 7048341 

PENUTUP


Besarlah harapan Rumah Amal Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah ini untuk membantu masyarakat bagi menangani masaalah sosial yang sedang melanda dunia hari ini. Dalam Islam, dunia merupakan ujian kepada setiap manusia.
  Tujuan Allah memberikan ujian kesusahan adalah untuk menguji kesabaran dan keredaan seseorang hamba itu manakala kesenangan adalah untuk menguji adakah hambanya itu bersyukur dengan anugerah Allah itu dan akan mengagihkan kepada yang lebih memerlukan atau tidak.
  Bila berlaku kerjasama diantara orang kaya dan orang miskin, terasalah perlunya kehadiran orang kaya untuk memberikan pembelaan dan kasih sayang kepada orang miskin manakala orang kaya pula terasa perlunya orang miskin untuk mereka dapat mengagihkan rezeki yang diperolehi untuk mendapat keredhaan dan pahala dari Allah dan tidak berlakulah pembaziran dan salah guna rezeki yang diperolehi. Ini kerana setiap rezeki yang diperolehi akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti.
  Suasana ini sudah kurang berlaku pada hari ini. Ini membuatkan timbul hasad dengki dan iri hati di kalangan orang miskin, manakala orang kaya pula tidak pernah puas dengan apa yang telah diperolehi. Maka berlakulah masaalah sosial yang berleluasa pada hari ini. Berlakunya ragut, culik, curi, rompak, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah yang menakutkan.
  Semua manusia hidup dalam ketakutan, curiga mencurigai di antara satu sama lain. Kebahagiaan dan keselesaan hidup manusia telah diragut oleh orang miskin yang tidak redha dengan kemiskinan dan orang kaya yang tidak pernah puas dan bersyukur denga  kekayaan yang Allah pinjamkan kepada mereka.
  Dengan itu, Baitul Maghfirah sangat berharap agar dapat membantu kita semua untuk keluar daripada kemelut ini. Semoga dengan berkat doa, kerjasama dan sokongan padu daripada pihak tuan / puan, usha murni ini akan dipermudahkan dan diberkati Allah. Segala perhatian, kerjasama dan bantuan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
  Sekian, terima kasih.

KONSEP ASRAMA


Di Asrama Baitul Maghfirah mempunyai seorang ustaz dan seorang ustazah (suami dan isteri) yang dipanggil ‘Walid’ dan ‘Walidah’ yang berperanan selaku ayah dan ibu untuk memantau perjalanan aktiviti, kebajikan dan keselamatan penghuni asrama.
  Dibantu pula oleh dua orang ukhti (remaja), yang berperanan selaku kakak sebagai pembimbing agar penghuni asrama dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan kewajipan ibadah, waktu belajar, kerja sekolah, tugasan asrama dan lain-lain mengikut disiplin dan jadual yang telah ditetapkan.
  Ibu-ibu pelajar yang tinggal berdekatan dengan asrama Baitul Maghfirah secara sukarela bergilir-gilir untuk membantu dalam kerja-kerja di dapur dan juga kebersihan di asrama ini.
  Dengan ini Asrama Baitul Maghfirah ini mempunyai ciri-ciri sebuah keluarga yang lengkap yang akan menghadirkan suasana kekeluargaan dan kasih sayang serta perhatian seperti sebuah keluarga yang normal.
  Ini diharapkan akan dapat memberikan anak-anak ini kasih sayang dan perhatian yang amat diperlukan oleh seorang kanak-kanak yang sedang membesar.
  Dengan ini Rumah Amal Baitul Maghfirah berharap dapat memenuhi bukan sahaja keperluan dan kebajikan lahir anak-anak ini malah yang lebih penting adalah keperluan kerohanian melalui ibadah yang istiqomah dan kasih sayang yang amat diperlukan untuk melahir seorang insan yang bertaqwa.

JADUAL AKTIVITI


MASA
AKTIVITI
5.15 pagi
Persiapan diri & Qiamullail
5.45 pagi
Solat Suboh
6.15 pagi
Sarapan dan persiapan diri
7.00 pagi
Ke sekolah
1.15 t. hari
Pulang dari sekolah, solat zohor
2.00 petang
Sekolah Agama / Fardhu Ain / ulangkaji pelajaran
4.15 petang
Persiapan diri dan solat Asar
5.00 petang
Kerja Kebersihan & Riadah
6.30 petang
Makan malam
7.00 malam
Selawat & Solat Maghrib
8.30 malam
Solat Isyak 
9.00 malam
Ulangkaji pelajaran
10.30 malam
Tidur

TANGGUNGAN


BIL
JENIS PERBELANJAAN
KOS (RM)
1
Bil telefon, elektrik, air dll
1000
2
Makanan minum
2000
3
Perbelanjaan persekolahan
1000
4
Saguhati petugas
2200
5
Barangan keperluan harian
1000
6
Rawatan kesihatan
500
7
Kenderaan & minyak
2000
8
Lain-lain perbelanjaan
1000
          JUMLAH KESELURUHAN
10700

PENDIDIKAN


1.      Kelas Pengajian dan Fardhu Ain:
ØKelas Al Quran dan Praktikal Tajwid
ØKelas Pengajian Ilmu : Tauhid, Feqah,
ØTasawuf, Sirah, Hadis, Tafsir.

2.     Kelas Tuisyen:
ØB. Malaysia
ØB. Inggeris
ØMatematik

3.     Aktiviti mingguan:
ØLawatan Sambil Belajar
ØJemputan Masyarakat
ØPersembahan Nasyid

4.      Kemahiran:
ØLatihan Keusahawanan
ØKomputer
ØSeni Kebudayaan

PENGHUNI ASRAMA


BIL
NAMA PELAJAR
UMUR
1
FATIM KHAULAH BT OTHMAN
7
2
KHAIRUL ZAMLAH BT HANAN
7
3
NURUL KHAULAH BT MOHD RAJIB
8
4
NUR HABIBAH BT MALWAH
8
5
NUR FATIM AIMUNI BT ABD RAZAK
9
6
NUR INSYIRAH ELI BT EDRIS
9
7
NURUL FATHIYAH BT OTHMAN
9
8
NUR SAEHAH BT MOHD RAJIP
9
9
NOR ATIRAH BT HISAM
9
10
FATHIAH AJIBATUS SAFWAH BT  AHMAD AFFENDI
9
11
NURUL ASYIQAH WALIDAH BT HAMDAN
10
12
DURRATUL SOBIRAH
10
13
KHALILAH BT HASNAN
11
14
UMMU HANISAH BT MALWAH
11
15
ARIFATUS SYAFAWANI BT ANUAR
12
16
MUBARAQAH BT MUSTAPAH
12